BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 28, 2009

CARTA ORGANISASI UHEI


Monday, July 27, 2009

Objektif Penubuhan UHEI

Unit Hal Ehwal Islam & Pembangunan Insan (UHEI),MSN Bukit Jalil KL


Keperluan kepada sebuah Unit khusus yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam dan pembagunan Pegawai dan Atlet Muslim di MSN khususnya suatu yang mendesak pada masa kini. Ini kerana, pertambahan jumlah atlet ke sini bertambah dengan amat drastik di mana hampir lebih 300 atlet Muslim sedang mengikuti program diperingkat pelapis pertama dan Elit di seluruh Malaysia.

Usaha-usaha sokongan bagi membantu atlet ini terutama dari aspek pengukuhan silaturrahim, pemupukan nilai murni dan pembangunan jatidiri amat penting sebagai persiapan mereka menghadapi cabaran kehidupan yang baru dan pelbagai di luar negara.

Penubuhan Unit Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Insan ialah satu inisiatif murni di dalam usaha membentuk perancangan tersusun dan berkala yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dan pembangunan insan atlet Malaysia di MSN.